Khamis, 14 April 2011

EVENT DI DATARAN PAHLAWAN....

   Pada 2hb-3hb April 2011 yg lalu,Sansiro Entertainment telah mendapat jemputan untuk memeriahkan EVENT YOUTH  MEDIA CARNIVAL anjuran UITM Melaka.Acara itu berlangsung selama 2 hari di Dataran Pahlawan Melaka.Sansiro Entertainment di tempatkan di Booth Berita Harian.Selama Event berlangsung,banyak acara-acara yang telah di pertandingkan sepertinya Futsal(Astro Arena),Pintball,Pertandingan karaoke(booth RTM),pertunjukan dari unit pengesan PDRM.Tidak lupa juga kepada dj-dj dari Sinar fm dan Hot fm yang sporting gilerrr sampai tak menang tangan melayan tetamu-tetamu yang datang pada hari
tersebut.

  Pada 3hb pula kami di booth berita harian telah di kunjungi oleh 2 jejaka tampan iaitu kumpulan Hayad.Kumpulan Hayad telah meluangkan masa selama 2 jam di Booth kami.Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar bersama kumpulann Hayad.Ramai juga artis-artis yang hadir pada hari tersebut diantaranya  HAZAMI,CAPRICE,PHLOWTRON,HAZIQ
 AF4,SHAHEIZY SAM,IESYA dan COUPLE.Pada malam terakhir Atau malam penutup,pengunjung-pengunjung dapat melihat sendiri artis-artis melaka sendiri menonjolkan budaya hidup Negeri Melaka dengan membuat persembahan tarian mengikut budaya diantaranya tarian bugis yang telah di pertontonkan kepada pengunjung.






 

 






Tiada ulasan: