Sabtu, 8 Disember 2012

Khamis, 14 April 2011

EVENT DI DATARAN PAHLAWAN....

   Pada 2hb-3hb April 2011 yg lalu,Sansiro Entertainment telah mendapat jemputan untuk memeriahkan EVENT YOUTH  MEDIA CARNIVAL anjuran UITM Melaka.Acara itu berlangsung selama 2 hari di Dataran Pahlawan Melaka.Sansiro Entertainment di tempatkan di Booth Berita Harian.Selama Event berlangsung,banyak acara-acara yang telah di pertandingkan sepertinya Futsal(Astro Arena),Pintball,Pertandingan karaoke(booth RTM),pertunjukan dari unit pengesan PDRM.Tidak lupa juga kepada dj-dj dari Sinar fm dan Hot fm yang sporting gilerrr sampai tak menang tangan melayan tetamu-tetamu yang datang pada hari
tersebut.

  Pada 3hb pula kami di booth berita harian telah di kunjungi oleh 2 jejaka tampan iaitu kumpulan Hayad.Kumpulan Hayad telah meluangkan masa selama 2 jam di Booth kami.Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar bersama kumpulann Hayad.Ramai juga artis-artis yang hadir pada hari tersebut diantaranya  HAZAMI,CAPRICE,PHLOWTRON,HAZIQ
 AF4,SHAHEIZY SAM,IESYA dan COUPLE.Pada malam terakhir Atau malam penutup,pengunjung-pengunjung dapat melihat sendiri artis-artis melaka sendiri menonjolkan budaya hidup Negeri Melaka dengan membuat persembahan tarian mengikut budaya diantaranya tarian bugis yang telah di pertontonkan kepada pengunjung.






 

 






SOUND SYSTEM UNTUK DISEWAKAN....

 Semua sound system kami hanya untuk disewakan kepada yang berminat.Harga sewa bergantung kepada event yang akan di gunakan nanti.Sebelum membuat tempahan dengan perkhidmatan kami,Secara umumnya penyewa boleh melihat ataupun di sebut sebagai TEST SOUND di stor kami yang terletak di Ukay Perdana.Setiap penyewa yang telah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh Sansiro Entertainment hendaklah membayarwang pendahuluan (deposit) secara wang tunai ataupun cek.
  Semua jenis tempahan hendaklah di buat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum berlangsungnya event.Wang pendahuluan tidak akan di kembalikan seandainya penyewa menarik diri di saat-saat akhir ataupun penyewa telah melanggar peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh SANSIRO ENTERTAINMENT.
  Seandainya anda berminat dengan perkhidmatan kami bolehlah menghubungi :-

 


  1. Saudara Aron           Tel No. 018 2359941
  2. Saudara Aziz            Tel No. 013 3319885
  3. Sms Shj                    Tel No. 012 9042494

ABOUT SANSIRO ENTERTAINMENT...

Dahulunya hanya di kenali sebagai CITRAMUDA GROUP sebelum nama itu di tukarkan kepada SANSIRO ENTERTAINMENT pada Ogos 2010.Telah di tubuhkan pada tahun 2002 di kuala lumpur di mana pada tahun itu kami hanya mempunyai seramai 5 orang crew sahaja.Pada tahun itu juga,perkhidmatan kami hanya tertumpu kepada WEDDING EVENT sahaja.Tetapi setelah bertapak lebih kurang 9 tahun,kami telah berjaya menjelajah hampir ke seluruh negeri di Malaysia.
      Antara perkhidmatan yang kami sediakan :-


  1. SOUND SYSTEM > STAGE
  2. SOUND SYSTEM > BOOTH
  3. SOUND SYSTEM > LIVE BAND
  4. SOUND SYSTEM > WEDDING > KARAOKE
  5. SOUND SYSTEM > DLL
   Pada hari ini,nama SANSIRO ENTERTAINMENT telah di kenali di seluruh tanah air.Kami di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah menyokong perkhidmatan kami.